Home Nasional Pakai dua pelitup muka terbukti kurangkan kadar penyebaran virus – NIOSH

Pakai dua pelitup muka terbukti kurangkan kadar penyebaran virus – NIOSH

Pegawai Teknikal Makmal Dust Mask Niosh, Haalah Mahmud melakukan ujian tahap penembusan terhadap pelitup muka di NIOSH Bangi, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 31 MEI 2021.

BANGI – Saranan Ketua Pengarah Kesihatan agar masyarakat menggunakan dua pelitup muka terbukti berkesan mengurangkan kadar penyebaran virus Covid-19.

Lagi pun, ia  tidak memberikan kesan kepada pernafasan individu.

Menurut Pakar Teknikal, Makmal Pengujian Pelitup Muka Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Baderin Osman, kajian yang dilakukan oleh pihaknya terhadap konsep pemakaian dua pelitup muka telah berkesan.

Pakar Teknikal, Baderin Osman menerangkan kepentingan Makmal Dust Mask Niosh di NIOSH Bangi, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 31 MEI 2021.

“NIOSH mengambil inisiatif untuk membuktikan secara saintifik bahawa pemakaian double mask lebih bagus seperti saranan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Kita nak buktikan bahawa penggunaan dua pelitup muka tidak ada masalah.

“Kita jalankan tiga ujian untuk dan hasilnya efisiensi untuk tapis udara itu meningkat dan karbon dioksida dapat dikeluarkan dengan pemakaian dua pelitup mulut dan hidung,” katanya dalam sidang media di NIOSH hari ini.

Antara pelitup muka yang dikaji tahap keberkesanannya oleh petugas Makmal Dust Mask NIOSH di NIOSH Bangi, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 31 MEI 2021.
Antara pelitup muka yang dikaji tahap keberkesanannya oleh petugas Makmal Dust Mask NIOSH di NIOSH Bangi, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 31 MEI 2021.

Mengulas lanjut, Baderin berkata, setakat ujian itu dibuat, NIOSH mendapati tahap penembusan dan efisiensi dua pelitup muka lebih baik untuk menapis partikel dan oksigen.

“Mesin-mesin yang digunakan dalam kajian itu menyatakan bahawa tiada masalah untuk pengguna dua pelitup muka bernafas.

“Walaupun kita menggunakan dua pelitup mulut dan hidung ia tidak beri kesan kepada karbon dioksida dan tidak beri kesan kepada pernafasan malah efisiensi akan lagi meningkat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Baderin menjelaskan penggunaan dua pelitup mulut dan hidung hanya boleh digunakan dengan pelitup muka tiga lapis dan pelitup muka fabrik di bahagian luar.

Ia katanya sebagai lapisan tambahan dalam menambahkan tahap efisiensi tapisan udara kepada penggunanya.

Pegawai Teknikal Makmal Dust Mask Niosh, Haalah Mahmud melakukan ujian karbon dioksida terhadap kesan memakai dua pelitup muka di NIOSH Bangi, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 31 MEI 2021.
Pegawai Teknikal Makmal Dust Mask Niosh, Haalah Mahmud melakukan ujian karbon dioksida terhadap kesan memakai dua pelitup muka di NIOSH Bangi, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 31 MEI 2021.

Menurutnya, NIOSH tidak menggalakkan pemakaian dua pelitup muka jenis yang sama kerana akan menghasilkan ruang terbuka di bahagian tepi muka sekaligus tahap keberkesannya yang lebih rendah.

Ketiga-tiga kajian itu adalah ujian karbon dioksida dengan mengunakan Mesin Kandungan Karbon Dioksida bagi mengesan kehadiran gas itu ketika penggunakan dua pelitup muka.

Jelasnya, ujian makmal menunjukkan peratus kandungan karbon dioksida terkumpul rendah iaitu kurang satu peratus daripada standard ditetapkan.

Pegawai Teknikal Makmal Dust Mask Niosh, Haalah Mahmud menunjukkan keputusan ujian tahap penembusan yang boleh digunakan terhadap pelitup muka di NIOSH Bangi, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 31 MEI 2021.
Pegawai Teknikal Makmal Dust Mask Niosh, Haalah Mahmud menunjukkan keputusan ujian tahap penembusan yang boleh digunakan terhadap pelitup muka di NIOSH Bangi, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 31 MEI 2021.

Bagi ujian penafasan pula, NIOSH berkata, penggunaan bekalan oksigen yang disalurkan melalui dua pelitup muka menunjukkan penggunaan pelitup muka berganda menunjukkan ia tidak melebihi 0.7 milibar (ukuran tekanan atmosfera).

Ujian ketiga adalah kajian penembusan zarah halus dan partikel menggunakan mesin High Flow Automated Tester Model 8130.

Hasil kajian itu mendapati hanya 44.1 peratus zarah halus dapat menembusi penggunaan dua pelitup muka berbanding 50.6 peratus dengan hanya penggunaan satu pelitup muka. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sahut Saranan KP Kesihatan, Orang Awam Mula Pakai 2 Keping Pelitup Muka

1 Komen

  1. Pegawai teknikal makmal sendiri pakai selapis pelitup muka jer cakap tak serupa bikin suruh orang lain pakai dua lapis pelitup muka konon.

Comments are closed.