
PENULARAN Covid-19 begitu menjadi dengan angka tertinggi beberapa hari yang lalu, tertinggi sejak negara dilanda wabak itu pada Februari tahun lalu. Isu Covid-19 ini dipolitikkan dengan gesaan pembukaan parlimen segera untuk perbahasan umum startegi yang sesuai untuk membendung penularan wabak Covid-19 dan sebagai parameter untuk mengukur sokongan terhadap Perdana Menteri. Persoalannya adakah dengan pembukaan parlimen, masalah penularan Covid-19 akan selesai? Adakah kluster parlimen terlindung daripada jangkitan COVID 19? Adakah dengan mempercepatkan pilihanraya isu COVID 19 boleh selesai? Apakah yang terjadi pada negara-negara yang menganjurkan pilihanraya dalam tempoh terdekat seperti Amerika Syarikat dan India. Kes bertambah dua dan tiga kali ganda.
Di satu pihak lain macam macam cadangan diberikan dengan tuntutan pelbagai seperti moratarium dan I-Sinar KWSP. Sebelum ini kita sudah bermanfaat dengan bantuan-bantuan ini dan mungkin kerajaan boleh membantu lagi untuk mempertimbangan tuntutan-tuntutan ini. Persoalannya adakah dengan tuntutan-tuntutan berterusan lagi kes Covid-19 akan berkurangan? Persoalannya adakah dengan tuntutan-tuntutan ini dapat melumpuhkan penularan Covid-19 ini dan bagaimana dengan gelombang-gelombang yang akan datang? Janganlah kita menjadi masyarakat yang hanya menjadi ‘penerima bantuan kerajaan’ tetapi sebagai balasan kita tidak membantu kerajaan untuk melumpuhkan penularan ini.
Tetapi jarang sangat melihat antara kita yang boleh memberikan cadangan untuk kita duduk diam di dalam rumah melainkan agensi kerajaan dan pihak media. Cuba tengok berapa kenderaan di atas jalan raya pada setiap hari? Tiada langsung perubahan. Apabila saya pergi ke urusan pejabat kerajaan, rata-rata berdasarkan pemerhatian saya mereka yang beratur langsung tiada penjagaan penjarakan fizikal. Di mana silapnya? Adakah rakyat kita leka, degil atau tidak boleh patuhi SOP. Masih kita melihat masyarakat kita membawa anak-anak kecil keluar.
Jadi seberapa banyak tuntutan dibuat pun kalau sikap rakyat tidak serius mematuhi SOP, bagaimana kita nak halang penularan Covid-19? Jangan kita wujudkan atau menjanakan satu persepsi bahawa hanya bantuan kerajaan sahaja mampu memberhentikan rakyat keluar rumah dan kes penularan ini akan berhenti. Bagaimana dengan golongan B40 yang hanya mampu menanggung hidup mereka dengan bekerja seperti pemandu lori dan OKU seperti orang cacat penglihatan.
Kita berasa marah apabila bilangan kes naik tapi kita sendiri tidak patuhi SOP. Dilema sekarang ialah bagaimana nak didik rakyat kita patuhi SOP. Sikap kedegilan dan tidak bertanggungjawab bukan sahaja terus bagi kesan bagi mereka yang benar benar mengikuti SOP malah meleret orang yang menjaga SOP ke arah bahaya? Mereka bukan sahaja membahayakan mereka yang berada sekeliling kita malah menjadi parasit masyarakat yang melumpuhkan semua usaha kerajaan dan barisan hadapan yang sudah penat lebih daripada satu setengah tahun.
Dua faktor utama agak jelas kecuaian rakyat kita terhadap SOP. Pertamanya, mereka tidak update diri mereka dengan perkembangan penularan kes Covid-19 di Zon masing-masing. Ini akibatkan SOP kerap berubah yang juga membabitkan peniaga-peniaga kecil tetapi lemparan tuduhan dibuat SOP kerap berubah. Keterbukaan kita menerima SOP yang terkini agak susah dan menyalahkan semua pihak. Keduanya, kelekaan mereka sendiri untuk mematuhi SOP atau lebih kepada menjaga keselamatan keluarga. Sekiranya benar kita menjaga ahli-ahli keluarga kita, sudah pasti kita tidak akan keluar rumah dengan anak-anak kecil dan mengelak kawasan-kawasan yang sesak. Lock down sudah diumum dengan syarat pembukaan sektor ekonomi dan perkhidmatan, namun ada panicking buying.
Masalah akar umbi kita ialah bagaimana kesedaran berhubung SOP ini perlu berkali-kali diingatkan kepada rakyat umum mahu pun pemimpin-pemimpin politik. Hanya dua mekanisme utama sahaja mampu merealisasikan kesedaran ini.
Pertama, maksimumkan penggunaan media berhubung kesedaran bahaya Covid-19 dengan pelbagai bentuk terbitan dan infographik online and offline serta kisah-kisah Covid-19 dalam dan luar negara yang boleh dijadikan pengajaran. Pemilihan medium yang mempunyai engagement orang terlalu ramai adalah digalakkan. Yang penting volume dan tahap penyampaian maklumat yang maksimum. Tugas ini juga harus turut dipikul oleh JAKOM dan Penerangan bagi komuniti luar bandar dan pedalaman agar berjalan serentak bersama Program Immunisasi Kebangsaan. Startegi penyaluran maklumat bukan hanya tertumpu pada platform-platform media sosial sahaja malah bersemuka bagi mereka yang duduk di kawasan pedalaman. Jadi, mobilise penyampaian maklumat ke tahap maksimum agar setiap individu ketahui perkembangan semasa. Gunakan approach social influencer yang mempunyai followers ramai untuk menyampaikan mesej berkenaan, atau gunakan icon-icon negara yang pelbagai peringkat umur seperti atlet negara, celebriti dan entiti masyarakat yang lain untuk menyampaikan mesej dan mempergandakan mesej berkenaan di dalam pelbagai bahasa agar warga emas dan mereka yang duduk di pedalaman dapat mesej berkenaan.
Kedua, memerlukan pakar startegik Komunikasi untuk mewakili kerajaan Malaysia bagi mencantas sebarang pemberitaan asing atau tohmahan mahupun ubah persepsi rakyat yang melabel kerajaan. Sejak kebelakangan ini kita lihat banyak pemberitaan asing yang melabel kerajaan. Kita tidak memerlukan kenyataan Covid-19 ini.
Serentak dengan pengukuhkan mekanisme penyampaian maklumat, sekatan jalanraya dan penalti kompaun harus diperketatkan lagi. Rakyat sendiri harus menjadi pemerhati untuk membuat laporan polis dan viralkan mereka yang tidak patuhi SOP seperti mereka yang memakai gelang berada di luar agar penangkapan dibuat. Kes-kes yang melanggar SOP dan dikompaun harus diwar-warkan dalam platform-platform media sosial agar mendapat pemerhatian dan pengajaran kepada semua pihak agar rakyat takut untuk berbuat sedemikian.
Prof. Madya. Dr. Sara Chinnasamy
Penganalisis Politik & Media Sosial
Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM