KUALA LUMPUR – “Kenapa moratorium bersasar?,” tanya Datuk Mohd Puad Zakarshi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, pengumuman kerajaan berhubung moratorium memang mengecewakan.
Sepatutnya kerajaan memberi moratorium pukal.
” Inilah masalahnya bila bekas “banker” jadi Menteri Kewangan,” katanya.
Dakwa Mohd Puad, Menteri Kewangan tetap mahu menguntungkan bank yang sudah pun untung walaupun pada waktu Covid-19.
Tegasnya, kalau mahu dikecualikan pun ialah syarikat besar, multi nasional dan jutawan.
“Ini musibah bila Parlimen tidak bersidang. Suara rakyat tidak sampai,” tambahnya. – MalaysiaGazette
Ni sekor yg x henti2 melalak isu sama beribu kali..
Belajar la tutup mulut tu weiii..
Also belajar tutup kebodohan sendiri