Home Sukan Brazil tuan rumah baharu Copa America 2021

Brazil tuan rumah baharu Copa America 2021

Image processed by CodeCarvings Piczard ### FREE Community Edition ### on 2019-03-14 14:54:09Z | http://piczard.com | http://codecarvings.comÖ¯ÿú‚ Æ

LONDON – Kejohanan bola sepak Piala Copa America 2021 akan dianjurkan oleh Brazil selepas Argentina dilucutkan hak sebagai tuan rumah dengan temasya berbaki dua minggu untuk pembuka tirai.

Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (Conmebol) berkata, tuan rumah asal yang dipilih sebelum ini telah dilucutkan hak selaku penganjur disebabkan beberapa isu berbangkit.

Antaranya kerana Argentina sedang dilanda peningkatan mendadak jangkitan Covid-19.

Pada Isnin, Conmebol mengesahkan Brazil akan menganjurkan temasya kali itu yang akan membuka tirai secara rasmi 13 Jun depan.

“Conmebol merakamkan setinggi penghargaan kepada @jairbolsonaro dan pasukannya dan juga Konfederasi Bola Sepak Brazil untuk membuka pintu negaranya untuk penganjuran sukan yang paling selamat di dunia.

“Amerika Selatan akan menyinar di Brazil bersama kesemua pemain bintang mereka,” kata Conmebol dalam ciapan Twitter rasminya.

Namun, ketua pasukannya,  Bolsonaro memberi amaran  perkara itu belum selesai dan ada beberapa syarat ketat yang perlu dipatuhi terlebih dahulu.

“Kita berada dalam proses (perundingan menganjurkan Copa America) tetapi kami tidak akan menolak sebarang permohona berkaitan, Ia akan dicapai jika mustahil,” kata Luiz Ramos.

Malahan stadium rasmi yang akan menganjurkan perlawanan Copa masih belum ditentukan.

Mengikut jadual asal yang ditetapkan, Argentina adalah tuan rumah penganjur bersama dengan Colombia yang disingkirkan haknya pada 2 Mei lalu berikutan protes rakyat di negara itu yang mencetuskan ketidakstabilan politik.

Tentangan hadir dari rakyat kedua-dua negara itu sementara penyerang Uruguay, Luis Suarez pada Jumaat lalu memberitahu media yang keutamaan diberikan untuk kesihatan rakyat.

Pada 22 Mei lalu, Argentina telah menjalani perintah kurung penuh baharu selama sembilan hari menyaksikan 35,000 kes positif baharu sehari Covid-19 direkodkan pada minggu tersebut.-MalaysiaGazette