Home Nasional Covid-19: 7,105 kes, Perlis kembali sifar kes

Covid-19: 7,105 kes, Perlis kembali sifar kes

Petugas Kesihatan memakaikan gelang kuarantin kepada penduduk selepas menerima ujian saringan Covid-19 berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Pertama dan Taman Serendah mulai Ahad, 30 Mei hingga 12 Jun 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sabak Bernam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 30 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Kes positif baharu Covid-19 kembali meningkat hari ini apabila merekod 7,105 kes berbanding 6,824 semalam.

Berikutan itu, jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 579,462 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal negeri tertinggi yang mencatatkan kes positif dengan 2,068 kes.

Manakala Perlis pula kembali mencatatkan sifar kes.

Selain itu Sabah 318 kes (62,562), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 817 kes (59,471), Johor 431 (58,814), Sarawak – 703 (48,032) Pulau Pinang – 400 (29,026) dan Kelantan – 531 (28,319).

Manakala Negeri Sembilan sebanyak 397 kes (26,702), Perak -mencatatkan 387 kes diikuti Kedah (236 kes), Melaka (249 kes), Pahang (190 kes), Terengganu (198 kes), WP Labuan (162 kes) dan WP Putrajaya (18 kes).

Selain itu, sebanyak 71 kes kematian yang direkodkan hari ini diakibatkan oleh Covid-19.

Manakala 872 pesakit Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapid (ICU) dan 419 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu Hisham memaklumkan sebanyak 6,083 kes Covid-19 yang telah sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif adalah 496,121. -MalaysiaGazette