Home Nasional Malaysia protes China isu pencerobohan pesawat tentera – Hishammuddin

Malaysia protes China isu pencerobohan pesawat tentera – Hishammuddin

Hishammuddin Hussein.

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri akan mengeluarkan nota diplomatik protes kepada kerajaan Republik China ekoran pencerobohan 16 pesawat tentera negara itu di ruang udara Zon Maritim Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan juga akan memanggil Duta Besar China di Malaysia untuk memberi penjelasan mengenainya.

“Saya juga akan menyampaikan keprihatinan serius Malaysia mengenai perkara itu kepada rakan sejawat di China. Pendirian Malaysia jelas – mempunyai hubungan diplomatik yang mesra dengan mana-mana negara tidak bermaksud kita akan menjejaskan keselamatan negara kita.

“Malaysia tetap teguh dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan kita,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Hishammuddin merujuk kepada kenyataan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengenai pencerobohan 16 pesawat milik negara China di ruang udara Zon Maritim Malaysia.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

TUDM pintas 16 pesawat tentera China ceroboh ruang udara Zon Maritim Malaysia