Polis memberi kelonggaran sehingga tiga hari kepada mana-mana pihak untuk mendapatkan surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata, kelonggaran itu diberikan susulan masih ada pihak industri yang menggunakan surat lama.