Home Ekonomi Unjuran defisit fiskal, hutang statutori perlu disemak semula – Menteri Kewangan

Unjuran defisit fiskal, hutang statutori perlu disemak semula – Menteri Kewangan

MGF26042021__PC-MENTERI-MOF8-640x427
Tengku Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyemak semula unjuran defisit fiskal dan hutang statutori susulan Program Bantuan Pemerkasa Tambahan (Pemerkasa+) yang berjumlah RM40 bilion.

Inisiatif itu diperkenalkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula hari ini sehingga 14 Jun ini.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai impak dan kos PKP 3.0 kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, ia masih terlalu awal untuk menyatakan unjurannya.

“Definisi defisit dan hutang berkanun bergantung pada KDNK. Tetapi angka KDNK sudah pasti akan dipengaruhi oleh penutupan banyak industri.

“Namun ia masih terlalu awal. Kami masih dalam proses mengenal pasti impak,” katanya.

Tambahnya, kerajaan akan terus mengeluarkan dana untuk membantu rakyat dan perniagaan.

Pembiayaan untuk perbelanjaan ini hasil daripada penjimatan perbelanjaan, peningkatan pendapatan daripada dividen badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan dan pinjaman.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan mempunyai had hutang kepada KDNK 60%/.

Namun, sekiranya ada keperluan untuk meminjam lebih banyak, ia dibolehkan.

Pada masa ini, nisbah hutang kepada KDNK kerajaan berada pada 58.5%.

“Kedudukan fiskal memang mencabar tetapi kerajaan boleh membiayai bantuan kewangan dengan meningkatkan pinjaman,” ujarnya. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts