GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan nama baharu bagi varian-varian Covid-19.
Mulai sekarang, WHO akan menggunakan huruf-huruf Greek bagi merujuk kepada varian Covid-19 United Kingdom (UK), Afrika Selatan dan India.
Varian UK akan dilabelkan sebagai Alpha, Afrika Selatan (Beta) dan India (Delta).
WHO berkata, n ini untuk mempermudah perbincangan tetapi juga untuk membantu menghilangkan beberapa stigma dari nama-nama tersebut.
Awal bulan ini, pemerintah India mengkritik penamaan varian B.1.617.2 – yang pertama kali dikesan di negara ini pada Oktober lalu – sebagai “varian India”, walaupun WHO tidak pernah secara rasmi melabelnya.
“Tidak ada negara yang harus stigma untuk mengesan dan melaporkan varian,” kata ketua teknikal WHO Covid-19, Maria Van Kerkhove.
Beliau juga meminta “pengawasan yang kuat” ke atas varian dan berkongsi data saintifik untuk membantu menghentikan penyebaran.
Huruf itu akan merujuk kepada kedua-dua varian yang menjadi perhatian dan varian berkepentungan.
Senarai nama lengkap telah diterbitkan di laman web WHO.
Bagaimanapun, huruf Greek ini tidak akan menggantikan nama saintifik yang ada.
Sekiranya lebih daripada 24 varian dikenal pasti secara rasmi dan sistem ini kehabisan huruf Greek maka program penamaan baharu akan diumumkan, kata Van Kerkhove kepada STAT News dalam wawancara. – MalaysiaGazette