KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Ain Edruce akhirnya berkongsikan wajah anak perempuannya yang diberi nama Soraya yang membawa maksud cantik selepas dua minggu selamat melahirkan anak sulung itu.
“Nama anak saya Soraya sebab nama bapa dia panjang, tiga patah perkataan.
“Kawan-kawan saya pun dah bertanya nak tengok gambar anak saya, saya konsgikan ini bukan untuk menunjuk atau apa, sekadar ingin berkongsi kegembiraan kami bersama out little Soraya,” katanya.
Ain berkongsikan perkara itu menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube.
Dia turut menceritakan mengenai pengalamannya yang terpaksa bertarung lebih 26 jam untuk melahirkan cahaya matanya itu sehingga doktor terpaksa vakum untuk memudahkan proses kelahiran.
“Saya masuk hospital pada 18 Mei pukul 12.30 tengah malam dan baby selamat bersalin pada 19 Mei pada pukul 1.30 pagi. Bayangkan berapa lama saya lalui proses itu.
“Doktor terpaksa vakum kepala anak untuk senangkan proses bersalin dan Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kesan vakum pada kepada anak pun dah tiada sekarang,” katanya. – MalaysiaGazette