Home Utama Individu timbus semula lorong tikus digali polis untuk rentas negeri

Individu timbus semula lorong tikus digali polis untuk rentas negeri

safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

GUA MUSANG – Satu daripada enam lorong tikus di Kampung Tanah Puteh di sini, yang digali polis untuk mengelakkan dijadikan laluan rentas negeri dan daerah, dikesan telah ditimbus semula oleh individu yang degil mahu merentas daerah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata, tindakan tersebut dipercayai dilakukan individu tidak bertanggungjawab, bagi mengelak untuk melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Gua Musang-Jalan Kuala Lipis.

“Kita menggali lubang dan menutup lorong tikus tersebut sebelum sambutan Aidilfitri lalu, supaya semua pengguna perlu melalui pemeriksaan SJR sebagaimana yang ditetapkan kerajaan.

“Namun polis mengesan laluan tersebut ditimbus semula mereka tidak bertanggungjawab. Saya beri amaran tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang terlibat,” katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di Kampung Tanah Puteh, di sini hari ini.

Sik berkata, anggotanya akan diarahkan supaya melakukan pemantauan yang lebih kerap di semua lorong tikus terbabit, disamping mengesan samseng jalanan yang bertindak memusnahkan sekatan atau menimbus semula laluan itu.

Sementara itu Sik berkata, jumlah kenderaan yang masuk ke negeri ini menerusi Jalan Gua Musang-Kuala Lipis berkurangan, sejak sekatan pergerakan penuh yang bermula semalam.

— BERNAMA