Home Nasional KKM kesan 22 kluster baharu

KKM kesan 22 kluster baharu

Sebanyak 7 kluster baharu Covid-19 dilaporkan dalam perkembangan terbaharu jangkitan pandemik maut itu hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 22 kluster baharu Covid-19 dikenalpasti dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan 11 kluster tempat kerja, tujuh berkaitan komuniti, dua sektor pendidikan dan masing-masing satu membabitkan kumpulan berisiko tinggi serta pusat tahanan.

Katanya, empat kluster masing-masing dikesan di Johor dan Sarawak, dua kluster masing-masing dikesan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang, Negeri Sembilan manakala satu kluster masing-masing dikesan di Kedah, Pahang dan Kelantan.

“Dengan pertambahan kluster baharu yang ditemui menjadikan jumlah keseleuruhan kluster Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 2,237 kluster,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Terdapat 674 kluster yang masih lagi aktif, namun jumlah kluster yang telahpun ditamatkan adalah sebanyak 1,563 kluster. – MalaysiaGazette

 

+ posts