Home Nasional Lebuh raya utama lengang

Lebuh raya utama lengang

Jalan Bukit Bintang lengang berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Menyeluruh Fasa 1 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur .Foto HAFIZ SOHAIMI, 2 JUN 2021

KUALA LUMPUR – Hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh menyaksikan  beberapa kawasan di ibu negara yang sebelum ini menjadi tumpuan warga kota dan pelancong kini lengang dan sunyi.

Tinjauan MalaysiaGazette di Jalan Bukit Bintang, Jalan Ampang dan Jalan Travers yang sebelum ini dikenal pasti sebagai laluan sesak dengan kenderaan mendapati ia sunyi.

Sesekali ada beberapa melalui jalan-jalan berkenaan.

Malah, kelibat orang awam juga sukar ditemui kecuali pekerja-pekerja premis makanan.

Pusat beli-belah juga didapati tidak dikunjungi orang ramai, kecuali kakitangan e-hailing.

Tinjauan di Lebuhraya Persekutuan pula lengang namun Sekatan Jalan Raya (SJR) diadakan bagi mengekang pergerakan orang ramai.

Lebuhraya Persekutuan lengang dan kurang kereta berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Menyeluruh Fasa 1 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur .Foto HAFIZ SOHAIMI, 2 JUN 2021

Situasi itu bagaimanapun berbeza dengan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), yang mana terdapat pergerakan aktif berbanding Lebuh Raya Persekutuan.

Untuk rekod, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ di seluruh negara selama 14 hari hingga 14 Jun depan.

Langkah ini bagi menangani penularan wabak Covid-19 yang menyaksikan lonjakan kes jangkitan yang membimbangkan. MalaysiaGazette