Home Seni Hidup Lelaki buta, usus terkeluar mohon bantuan

Lelaki buta, usus terkeluar mohon bantuan

Norideazaher Mohamed bukan sahaja buta malah ususnya terkeluar menyikarkan pergerakan beliau

JOHOR BAHRU –

JOHOR BAHRU – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah derita yang menimpa seorang pengawal keselamatan hidup yang hilang deria penglihatan selepas menjalani pembedahan usus sejak dua tahun lalu di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Kehidupan Norideazaher Mohamed, 46, juga sukar kerana usus yang dibedah tidak dimasukkan semula.

Keadaan itu menyebabkan dia terpaksa bergantung kepada pek najis untuk membuang air besar dan air kecil.

MalaysiaGazette yang menemui Norideazaher di kediamannya diberitahu, selepas menjalani pembedahan usus, dia hanya mampu terlantar kerana tidak berdaya untuk berjalan, apatah lagi mencari rezeki.

“Nasib malang saya bermula apabila saya mendapatkan rawatan kerana sakit perut selepas balik kerja,” katanya.

Dia mendakwa tanpa menjalani pemeriksaan terperinci, tanpa dibenarkan melihat ujian X-ray, pihak hospital melakukan pembedahan.

Ceritanya lagi, selepas menjalani pembedahan perut, deria penglihatannya mula hilang.

Dia pernah ditahan di hospital selama tiga bulan sebelum dibenarkan pulang tanpa menerima apa-apa rawatan susulan untuk memasukan semula ususnya.

Lebih mengecewakannya apabila permohonan bantuan dibuat kepada Perkeso sehingga hari ini tidak dijawab.

“Pegawai mereka ada datang menjenguk tapi tiada perkembangan,” katanya lesu.

Norideazaher kini amat bergantung kepada ibunya yang berusia 83 tahun untuk menguruskannya.

“Nasib ada emak yang boleh membantu dan saya juga tumpang ihsan adik memandangkan saya tiada pendapatan bulanan yang tetap.

“Saya perlu membeli pek najis, selain susu khas yang memerlukan perbelanjaan agak besar dalam keadaan sekarang memang sukar,” kata yang begitu mengharapkan bantuan Perkeso bagi kelangsungan kehidupannya.

Orang ramai yang mahu menyampaikan sumbangan atau bantuan bolehkan mengunjungi kediaman Norideazaher di alamat No 81, Batu 4 1/2, Skudai Kiri, Tampoi, Johor. – MalaysiaGazette