KUALA LUMPUR – Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menggantung perkhidmatan untuk sementara waktu bermula Jumaat ini sehingga diberitahu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.
Menurut kenyataan ERL, keputusan tersebut diambil setelah melakukan rundingan dengan Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat.
“Orang ramai yang masih perlu melakukan perjalanan kerana hal penting semasa tempoh ini dinasihatkan merancang menggunakan pengangkutan alternatif,” kata kenyataan itu.
Tambahnya, maklumat mengenai pengangkutan alternatif boleh diperolehi menerusi www.KLIAekspres.com, Facebook KLIA Ekspres dan Twitter serta di stesen ERL. – MalaysiaGazette