Home Nasional Rentas negeri: Pemandu, kelindan kenderaan komersial hanya perlu kelulusan MoT

Rentas negeri: Pemandu, kelindan kenderaan komersial hanya perlu kelulusan MoT

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pemandu dan kelindan bas ekspres, lori serta kenderaan-kenderaan komersial yang lain di bawah kategori perkhidmatan tidak perlu meminta surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sebaliknya, hanya perlu memohon surat kelulusan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui sistem SMILE jika memerlukan perjalanan antara negeri.

Pemegang surat kelulusan MOT tidak memerlukan surat kebenaran tambahan yang lain untuk perjalanan antara negeri sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau sekatan pergerakan penuh Fasa Pertama mulai 1 hingga 14 Jun 2021.

MOT berkata, pemandu-pemandu yang ditahan dalam sekatan jalan raya boleh menghubungi terus hotline polis di talian 03 22663333. – MalaysiaGazette