KLANG – Cadangan penjenamaan semula nama Padang Chetty kepada Dataran Majlis Perbandaran Klang (MPK) terus mendapat reaksi pelbagai pihak yang mahu warisan sejarah hampir 100 tahun di Little India Klang ini dikekalkan sahaja.
Ketua Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Klang, Nallan Dhanabalan melahirkan rasa kecewa sekiranya penjenamaan yang masih dalam peringkat perbincangan diteruskan juga.
Kata Nallan, Padang Chetty sememangnya mempunyai tradisi serta warisan sejarah yang tidak terkilan sepatutnya dikekalkan dan bukannya ditukar nama.
“Mengapa ada cadangan ini? Malah isu ini bukan hari ini semalam sebaliknya sejak akhir-akhir ini, ramai juga penduduk setempat menemui saya dan melahirkan rasa kecewa dan bimbang tentang cadangan ini.
“Secara peribadi adalah lebih baik kekalkan dan pelihara sejarah yang sudah hampir atau lebih 100 tahun, ianya sungguh berharga dan tinggi nilainya. Keputusan seperti ini pastinya akan memberikan impak juga segelintir pihak.
“Saya mohon sangat-sangat supaya Kerajaan Negeri Selangor untuk kekalkan nama Padang Chetty ini, fahamilah sentimen pengundi di sini lagi-lagi golongan yang selama ini mempercayai kepimpinan kerajaan negeri.
“Lagipun sejarah serta warisan Padang Chetty bukan sahaja dikenali dalam kalangan penduduk setempat, juga dunia. Jadi mengapa hendak tukar,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Nallan mengulas pendedahan MalaysiaGazette berhubung ura-ura pertukaran nama Padang Chetty kepada Dataran Perbandaran Klang baru-baru ini.
Selain itu, Presiden Kongres Keadilan India Malaysia (KKIM), Shanmugam Ramiah turut menyoal relevan MPK bertindak demikian ketika negara sedang bergelut dengan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PK) sedang dilaksana.
Padang Chetty yang terletak di Little India Klang ini sudah wujud lebih 100 tahun dan satu ketika dahulu terkenal sebagai pusat kegiatan anak-anak muda bermain hoki, bola sepak dan kriket.
Nama Padang Chetty ini dicetuskan daripada penduduk dalam kalangan ‘Chettiyar’ yang mendiami tempat itu.
Tempat ini bukan sahaja terkenal dari segi sejarah, ekonomi dan budaya tetapi telah banyak melahirkan ramai jaguh sukan. -MalaysiaGazette
Keling perasan Padang Chetty Keling punya macam di atas tanah haram pun bina kuil haram free jer dengan gertak undi konon.