SEMENYIH – Kerajaan akan meneruskan operasi besar-besaran menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKP) bertujuan menyediakan proses dokumen yang sah bagi menerima vaksin Covid-19.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, program iniĀ bukan untuk menganiaya PATI yang ditahan sebaliknya membantu mereka memiliki dokumen sah sebelum melibatkan golongan ini dalam program vaksinasi di negara ini.
“Kita tak boleh bagi vaksin kepada PATI yang tak berdokumen, jadi bagaimana kita hendak beri vaksin kepada PATI?
“Sebab itulah kita adakan operasi tangkapan besar-besaran PATI. Apabila ditangkap mereka dirujuk kepada kedutaan masing-masing mereka untuk mendapatkan dokumen mereka, jika ada majikan atau penaja yang sanggup menanggung mereka kita bekerjasama.
“Tetapi saya tidak rasa majikan berani tampil dan menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dalam hal ini, manakala tiada kepastian PATI ini berani keluar secara sukarela,” katanya dalam sidang media hari ini.
Tambah beliau, KDN sudah berbincang dengan beberapa kedutaan negara asing seperti Indonesia, Vietnam, Indonesia, Bangladesh yang bersedia untuk membantu dalam penyediaan dokumen kepada PATI ini.
“Sejurus selesai dokumentasi, warga asing itu boleh memilih mahu terus menetap dan bekerja di sini atau pulang ke negara asal, tapi apa yang utama dalam proses ini adalah memastikan mereka memiliki dokumen pengesahan identiti yang sah,” ujarnya.-MalaysiaGazette
Majikan pati mesti bayar untuk pati sebab dalang kemasukan pati.