Home Utama Covid-19: Kes harian 7,748, Selangor kekal tertinggi

Covid-19: Kes harian 7,748, Selangor kekal tertinggi

Covid-19 daily cases
Foto Facebook Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 7,748 kes positif baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu yang menyaksikan sedikit penurunan berbanding 8,209 kes semalam

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini meningkat ke 603,122 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes berkenaan, Selangor kekal menjadi negeri tertinggi yang mencatatkan kes baharu iaitu 2,612 kes diikuti Kuala Lumpur (851) Negeri Sembilan (709) dan Sarawak (706) serta Johor (446).

“Ia disusuli Pulau Pinang dengan 376 kes, Perak (371), Sabah (287) dan Kelantan (286).

“Kedah pula mencatat 263 kes, Melaka (234), Labuan (230) dan Terengganu (203) serta Pahang (146).

“Negeri yang mencatatkan kes harian dua digit adalah Putrajaya sebanyak 20 kes dan Perlis adalah lapan kes,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya  di sini hari ini.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette