KUALA LUMPUR – Kerajaan dirayu untuk tidak meminggirkan kebajikan penghantar bungkusan (p-hailing) lebih-mebih lagi ketika negara berdepan pandemik Covid-19.
Penyelaras Pusat Khidmat Komuniti Perikatan Nasional Klang, Nallan Dhanabalan berkata, golongan p-hailing turut melalui satu fasa cukup mencabar pada masa ini seperti ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
“Kita telah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) dengan perbicangan serta perkongsian maklumat berkaitan permasalahan dihadapi golongan ini.
“Banyak masalah dan cabaran didepani oleh pemandu-pemandu p-hailing ini lagi-lagi setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan beberapa kali.
“PENGHANTAR dinaungi serta membawa suara 70,000 penghantar makanan dan barangan di seluruh Malaysia sebelum ini telah beberapa kali menyuarakan keluhan kepada kerajaan terhadap pemandu-pemandu P-Hailing,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Nallan berkata, beliau akan untuk membawa isu berbangkit ke perhatian Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi berkaitan agar tiada segmen masyarakat yang tercicir dari menerima bantuan Kerajaan.
Sementara itu PN Klang dan Penghantar mencadangkan pemberian vaksin dipercepatkan untuk riderke atas golongan p-hailing.
“Selain itu kita juga ingin memohon satu insentif khas secara “one-off payment” sebanyak RM500 turut diberikan kepada riders p-hailing sama seperti yang diterima pemandu-pemandu e- hailing dibawah pakej PEMERKASA+.
“Hakikatnya PN Klang dan PENGHANTAR yakin bahawa kerajaan yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri amat mengambil berat kesusahan rakyat dan akan memberi perhatian serius pada isu yang telah berlarutan ini,” ujarnya. -MalaysiaGazette