Home Nasional Remaja perempuan hilang tinggal di kondo bersama teman lelaki

Remaja perempuan hilang tinggal di kondo bersama teman lelaki

safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

SHAH ALAM – Polis telah berjaya mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang pada 31 Mei lalu di sebuah kondominium di Padang Jawa di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, ia hasil daripada Operasi Jejak yang dilancarkan pihaknya dan menjumpai remaja berkenaan kira-kira pukul 4 pagi ini.

“Keadaan remaja berusia 15 tahun ini dalam keadaan baik, dia didapati duduk bersama dengan teman lelaki dia. Remaja ini ditemui di sebuah kondominium dipercayai disewa oleh teman lelaki terbabit,” katanya kepada pemberita di Setia Alam hari ini.

Terdahulu beliau bersama sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan CIBD melalukan Operasi Khas Pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di tapak projek pembinaan sekitar Setia Alam.

Semalam, polis mengesahkan kehilangan seorang remaja perempuan dari Seksyen 7 di sini yang ditularkan menerusi media sosial.

Menurut Baharudin, laporan kehilangan remaja terbabit dibuat oleh bapa remaja itu  sehari selepas kejadian pada Isnin lepas.

Menurut Baharudin, lelaki berusia 19 tahun itu turut ditangkap semasa remaja perempuan itu ditemui awal pagi tadi.

“Kita juga tangkap teman lelaki berusia 19 tahun, dan dia akan direman,” katanya.- MalaysiaGazette