Home Nasional Saya maafkan semua, kata Ismail Sabri

Saya maafkan semua, kata Ismail Sabri

Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri secara terbuka memaafkan semua individu di media sosial yang melahirkan rasa marah kepada beliau.

Malah beliau dengan rendah diri turut memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia dan berikrar akan melakukan yang terbaik kepada semua rakyat.

“Saya dah lama maafkan Eyra (seorang pengguna FB) dan semua yang marah kepada saya. Saya tahu sebagai manusia biasa saya tidak pernah lari dari membuat kesilapan yang membuatkan orang marah.

“Saya pun mohon maaf ..terima kasih kerana memahami..Insyaallah saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat,” katanya membalas komen wargnet hari ini.

Ismail Sabri memaafkan warganet yang marah kepadanya ketika pelaksanaan PKP.
Ismail Sabri memaafkan warganet yang marah kepadanya ketika pelaksanaan PKP.

Terdahulu seorang pengguna Facebook bernama Eyra Ziraa dari Taiping meminta maaf kepada Ismail Sabri selepas terlalu marah kepada beliau.

Eyra mengakui bahawa beliau pernah mengeluarkan kata-kata kesat kepada Ahli Parlimen Bera itu namun kesal akan perbuat tersebut.

“Sejujurnya saya pernah keluarkan kata-kata kesat pada Datuk Seri, pernah marah terlalu marah.. tapi sekarang tengok Datuk Seri macam penat.

“Menteri lain saya tak tahu, tapi Datuk Seri banyak memikul beban seoalah semua benda dipikul Datuk Seri, tertengok live Paklong Mail dengan (Tan Sri) Dr Noor Hisham, rasa sayu hati,” katanya memohon maaf.

Eyra turut mendoakan agar Ismail Sabri dan Dr Noor Hisham terus berjuang bagi memastikan peperangan menghadapi penularan Covid-19 dapat diatasi.

“Saya doakan Paklong Mail, Noor Hisham Abdullah kuat hadapi semua..semoga kami rakyat Malaysia terus tabah hadapi setiap dugaan,” katanya lagi.

Ismail Sabri menarik perhatian umum apabila melakukan hantaran di laman media sosial yang memaparkan gambar beliau menutup rapat pintu pejabatnya di Kementerian Pertahanan.

Ismail menulis ‘Saya dah tutup pintu depan tapi…..’ pada laman Facebook beliau.

Kenyataan itu menimbulkan pelbagai persoalan dan ada yang mengaitkan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang penuh selama dua minggu sejak 1 Jun lalu.

Ini kerana, pelaksanaan PKP tersebut didakwa tidak dilakukan dengan serius kerana banyak syarikat diberi kelulusan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk beroperasi.

Kelulusan itu menimbulkan rasa kecewa rakyat kerana Malaysia sudah melaksanakan pelbagai PKP dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette