Tan Sri Annuar Musa mengalu-alukan pelaksanaan sidang Parlimen yang sedang dikaji untuk dibuat secara hibrid.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, beliau menyokong usaha tersebut asalkan persidangan berkenaan tidak mengganggu proses ataupun keadaan proklamasi darurat yang diisytiharkan oleh Yang diPertuan Agong.