Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew yang mengetuai misi kemanusiaan rakyat Palestin sejak 25 Mei lalu disahkan dalam keadaan selamat di Mesir ketika ini.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, berdasarkan maklumat terkini, urusan Ebit dan delegasinya berjalan lancar apabila mereka telah membeli barangan bantuan yang mahu dibawa masuk ke wilayah Gaza.