Tidak tahu menggunakan aplikasi MySejahtera serta merasakan pengambilan vaksin bukan satu perkara yang perlu disegerakan menjadi penyebab kira-kira 10,000 penerima vaksin di Kelantan tidak hadir temu janji.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau menemui punca-punca itu selepas membuat tinjauan bagi mengetahui kenapa rakyat di negeri kelahirannya tidak berbuat demikian meskipun nama mereka telah tersenarai sebagai penerima suntikan vaksin Covid-19.