Home Sukan Sergio Romero akhirnya dilepaskan percuma

Sergio Romero akhirnya dilepaskan percuma

Sergio Romero.
LONDON – Penjaga gol, Sergio Romero akhirknya sah tersenarai dalam nama pemain akan meninggalkan Manchester pada penghujung bulan.
Turut dilepaskan Joel Pereira selain enam pemain lain iaitu Jacob Carney, Mark Helm, Iestyn Hughes, Arnau Puigmal, Max Taylor dan Aliou Traore.
United turut mengesahkan mereka sedang berbincang dengan Juan Mata, Lee Grant dan Paul Woolston untuk tawaran kontrak baharu semusim.
Sepanjang perjalanan karier bersama United, Romero yang merupakan penjaga gol antarabangsa Argentina beraksi 61 perlawanan, 27 bolos dan 39 tanpa bolos.
Dia yang berusia 34 tahun menyertai United pada Julai 2015 selepas beraksi secara pinjaman bersama Monaco sebelum itu.
Musim ini, nama Romero tidak didaftarkan dalam 25 senarai pemain untuk skuad Liga Juara Juara Eropah.

Awal musim, Romero gagal untuk meninggalkan Old Trafford selepas kelab enggan melepaskannya secara percuma atau dengan harga lebih rendah walaupun dia berminat menyertai Carlo Ancelotti di Everton. – MalaysiaGazette