LONDON – Arsenal perlu menyediakan dana berjumlah £35 juta untuk menandatangani pemain tengah Wolverhampton Wanderers, Ruben Neves.
Neves menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu empat tahun lalu.
Pengunduran pengurus Nuno Espirto Santos mencetuskan kritikan, sekaligus beberapa pemain mula mempersoalkan masa depan mereka bersama kelab itu.
Mengambil kira senario itu, Neves membuat ketetapan ia merupakan masa sesuai mencari cabaran baharu dan bersedia berhijrah ke Arsenal.
Laporan media menyatakan pemain itu memaklumkan kepada rakan sepasukannya bahawa dia akan berhijrah ke Arsenal.
Namun yang menjadi kekangan utama kepada Arsenal ketika ini adalah nilai klausa pelepasan yang ditetapkan Wolves untuk pemain itu. – MalaysiaGazette