
LONDON – Chelsea masih optimis untuk membeli penyerang Borussia Dortmund, Erling Haaland walaupun perlu menghadap klausa pelepasan bernilai £172 juta.
Chelsea dikatakan sudah berbincang dengan Dortmund mengenai Haaland.
Namun pasukan Bundesliga tersebt mahu pemain muda berusia 20 tahun itu kekal semusim lagi.
Chelsea yakin boleh memenuhi tuntutan sebanyak £172 juta itu dan pada masa yang sama turut mencari alternatif untuk memujuk Dortmund mengurangkan jumlah tersebut.
Sebagai alternatif, Chelsea sedia menawarkan Tammy Abraham kepada Dortmund. – MalaysiaGazette