ONTARIO – Empat ahli keluarga beragama Islam terbunuh selepas dirempuh oleh sebuah trak di tepi jalan Hyde Park Road diĀ bandar London dan dikaitkan dengan jenayah kebencian.
Polis mengesyaki kejadian berlaku pukul 6.40 petang itu dirancang kerana ia berlaku dalam cuaca baik.
Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun, satu-satunya keluarga yang masih hidup dan kini berada di hospital dengan kecederaan serius.
Susulan kejadian itu, seorang lelaki Kanada berusia 20 tahun telah didakwa dengan empat tuduhan pembunuhan dan satu tuduhan cubaan membunuh.
Serangan itu adalah yang paling teruk terhadap Muslim Kanada sejak enam orang terbunuh di sebuah masjid di Quebec pada tahun 2017.
“Dipercayai mangsa-mangsa ini menjadi sasaran kerana mereka beragama Islam,” kata Det Supt Paul Waight pada sidang media.
Mangsa-mangsa yang maut terdiri daripada dua wanita – berusia 74 dan 44 tahun – seorang lelaki berusia 46 tahun dan seorang gadis berusia 15 tahun.
Identiti mereka belum dikenal pasti namun polisĀ menamakan Nathanial Veltman, 20, sebagai suspek.
Dia berasal dari London, Ontario dan ditangkap di sebuah pusat beli-belah kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Polis menimbang kemungkinan ia mungkin dikaitkan dengan dakwaan melibatkan pengganas namun percaya kejadian ini akibat daripada jenayah kebencian. – MalaysiaGazette