Home Sukan Mahrez mahu bersara di Etihad

Mahrez mahu bersara di Etihad

Riyad Mahrez

LONDON – Riyad Mahrez menafikan khabar angin mendakwa dia akan menyertai Arsenal musim ini sebaliknya pemain itu berhajat mengakhiri kariernya di Stadium Etihad.

Bintang sayap Manchester City itu pernah bersama Pengurus Arsernal, Mikel Arteta semasa menjadi penolong pengurus sebelum mengambil alih pasukan the Gunners.

Arteta dikatakan bercadang membawa Mahrez ke Emirates selepas laporan mendakwa Guardiola bersedia menjual beberapa pemain utama dalam pasukannya antaranya Rahim Sterling, Bernardo Silva dan Mahrez.

Namun selepas kemenangan aksi persahabatan menentang Mali semalam, pemain itu mengesahkan tidak akan berhijrah ke mana-mana.

“Saya tidak akan meninggalkan Etihad, saya akan kekal di sini kerana saya tak pasti masa depan saya dan mahu mengakhiri karier di England khususnya bersama Man City,” katanya.-MalaysiaGazette