Home Nasional 98 pengamal media terima vaksin, lebih ramai dalam masa terdekat – Adham...

98 pengamal media terima vaksin, lebih ramai dalam masa terdekat – Adham Baba

MGF19042021_PCKJ02-640x427
Dr Adham Baba

PUTRAJAYA – Pengamal media boleh menarik nafas lega apabila mereka mula mendapat suntikan vaksin Covid-19 bermula hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, seramai 98 pengamal media telah mendapat vaksinasi di Dewan Seroja, Putrajaya pada hari ini dan lebih ramai akan divaksin dalam masa terdekat.

“Hari ini kita telah vaksin 98 pengamal media, jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa. Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sedang mendapatkan senarai nama pengamal media dari Jabatan Penerangan ketika ini.

“Pastinya golongan ini akan mendapatkan perlindungan memandangkan kehadiran mereka diperlukan secara fizikal di lapangan,” katanya pada sidang media CITF yang turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy  Jamaluddin.

Baru-baru ini pengamal media menggesa kerajaan mempercepatkan proses vaksinasi ke atas mereka yang berjumlah 5,875 orang daripada 144 agensi.

BEA22665-EB87-4AFC-AADB-88DFD59FDDA3

Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menyatakan seramai 1,500 petugas media menganggotai Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) serta Persatuan Wartawan Sarawak dan Sabah bakal menerima vaksin Covid-19 pada Mei. – MalaysiaGazette

cb637cd544236c1d98890c68a3aa6d22?s=150&d=mp&r=g
+ posts