Home Politik Pemimpin GPS menghadap Agong Isnin ini

Pemimpin GPS menghadap Agong Isnin ini

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUALA LUMPUR- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menjemput pemimpin-pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menghadap baginda.

Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, pertemuan yang bakal dijalankan menerusi sidang video itu dijadualkan berlangsung pada jam 11 pagi, Isnin depan.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua empat presiden parti komponan GPS termasuk Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg; Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Jemut Masing; Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian; dan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP),  Datuk Seri Tiong King Sing.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disusuli Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi tadi.

Turut dijadualkan menghadap baginda hari ini adalah Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. – MalaysiaGazette