Home Dunia Bangunan runtuh di Mumbai, 11 terkorban

Bangunan runtuh di Mumbai, 11 terkorban

Jentolak digunakan untuk mengesan mangsa-mangsa yang terperanagkap selepas sebuah bangunan runtuh di Mumbai. foto Agensi

 

MUMBAI – Seramai 11 terbunuh selepas sebuah bangunan runtuh ketika hujan yang pertama kali turun pada musim tengkujuh.

Mangsa-mangsa yang terkorban itu termasuk lapan orang kanak-kanak.

Seorang penduduk, Mohammed Rafiq Siddiqui berkata, dia kehilangan sembilan ahli keluarganya ketika sebuah blok rumah empat tingkat yang bersambung dengan bangunan tempat tinggalnya runtuh pada malam Rabu.

“Saya meninggalkan rumah pada pukul 10.30 malam untuk mengambil susu, tetapi ketika saya pulang, bangunan itu telah runtuh,” kata Siddiqui kepada Reuters.

Katanya, walaupun orang ramai datang untuk menolong ketika bangunan itu runtuh,tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya sambil berdiri di lorong sempit bersama-sama saudara-maranya.

Manakala lapan orang yang cedera dihantar ke hospital.

Mumbai dilanda hujan lebat dan hampir setiap tahun beberapa bangunan runtuh di bandar yang padat dengan penduduk ini disebabkan struktur pembinaan kediaman yang teruk.- MalaysiaGazette