Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie merupakan pemimpin politik keempat yang menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di Istana Negara, hari ini.
Terdahulu Mohd Shafie kelihatan menaiki kenderaan jenis Range Rover berwarna hitam memasuki Istana Negara melalui Pintu 2, Changkat Semantan, kira-kira jam 3.10 petang tadi.