Home Sukan Rashford sambung kontrak penajaan bersama Nike

Rashford sambung kontrak penajaan bersama Nike

Rashford sambung kontrak penajaan bersama Nike untuk jangka masa panjang selepas kontrak lamanya tamat dijangka tamat akhir tahun ini.

LONDON – Marcus Rashford melanjutkan perjanjian penajaannya bersama jenama sukan tersohor dunia, Nike.

Bintang Manchester United itu ditaja jenama sukan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu sejak berusia 11 tahun.

Kontrak penajaan penyerang muda England bersama Nike tamat tahun ini.

Menyedari hakikat berkenaan, beberapa pesaing jenama sukan terkuat yang lain seperti Puma telah ‘mengejar’ pemain itu untuk menajanya.

Namun mereka kecewa seelpas Nike berjaya menyambung penajaan bersama bintang berkaliber itu berusia 23 tahun itu.

Wakil Rashford dalam kenyataan rasminya berkata, perjanjian itu adalah inklusif hasil daripada sumbangan kewangan ke arah inisiatif amal komuniti yang dilakukan Rashford selama ini yang telah meyakinkan pelbagai pihak di atas padang dan juga di luar kehidupan sebagai manusia normal.

Pengurus DN May Sport dalam ciapan Twitter rasminya mengesahkan Rashford menyambung hubungan jangka panjang bersama Nike.

Rashord sebagai membalas kontrak yang disambung bersama Nike membalas ciapan DNSports dengan merakamkan setinggi penghargaan atas sokongan berterusan itu.-MalaysiaGazette