KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menafikan mengamalkan dasar pilih kasih dalam membenarkan aktiviti perniagaan di ibu kota sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh berkuat kuasa.
DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sebarang kebenaran untuk perniagaan beroperasi tertakluk kepada keputusan dan arahan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Aktiviti perniagaan yang dibenarkan beroperasi ialah pasar borong, pusat penjaja, pasar berbangunan/berbumbung, gerai tepi jalan, bazaria, kios/gerai berkunci, trak makanan, penjaja beredar, permit sementara, lesen waktu terhad dan lesen sementara KL Prihatin.
DBKL berkata setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
“Sehingga kini pihak DBKL telah membuat pemantauan di lokasi tersebut dan sejumlah 22 notis kompaun telah dikeluarkan terhadap premis yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.