SUNGAI BESAR- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengkaji untuk menetapkan harga siling minyak masak botol 5 kilogram mengikut harga pasaran semasa.
Timbalan Menteri KPDNHEP Datuk Rosol Wahid berkata. perbincangan mengenai harga siling itu akan diadakan bersama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Kewangan, Rabu ini.
“Mesyuarat akan membincangkan bagaimana hendak mengatasi masalah ini (kenaikan harga minyak masak).
Beliau berkata, minyak masak mengalami kenaikan harga ketika ini susulan kenaikan harga minyak sawit mentah.
Rosol dalam pada itu turut membidas dakwaan seorang wakil rakyat pembangkang bahawa minyak masak sekilogram yang disubsidi kerajaan merupakan minyak kitar semula.
Menurut Rosol, beliau bimbang sekiranya terdapat peniaga yang akan mengambil kesempatan terhadap subsidi minyak masak dan sehubungan itu, para pegawai KPDNHEP akan sentiasa turun padang bagi melakukan pemantauan.
Katanya sejak 13 Mei tahun lepas hingga kini, KPDNHEP sudah memeriksa 590,876 premis perniagaan termasuk stesen minyak, restoran, pasar raya dan pusat beli-belah serta mengeluarkan 346 kompaun bernilai RM1.091 juta kerana tidak mematuhi SOP ditetapkan. – MalaysiaGazette