KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 daripada 15 kluster Covid-19 baharu yang direkodkan hari ini melibatkan penularan di tempat kerja.
Ia melibatkan tiga kluster di Selangor, tiga di Johor, dua di Sabah, satu masing-masing di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiga di Selangor adalah Kluster Industri Jalan Sijangkang Utama, Kluster Industri Sungai Chandong Sembilan dan Kluster Industri Jalan Anggerik Mokara.
Di Johor pula melibatkan Kluster PLO Perindustrian 65, Kluster Tembikar Jalan Johor dan Kluster Kampung Choh.
Dua di Sabah pula Kluster Jalan Agaseh dan Kluster Lorong Satu A.
Manakala kluster Desa Tun Razak 2 di KL, kluster Industri Jalan Usaha Merlimau di Melaka dan kluster Industri Jalan Sepuluh di Kelantan.
Tambah Hisham, tiga kluster komuniti melibatkan Kampung Sebandi Hilir dan Kampung Tabuan Haji Drahman di Sarawak termasuklah kluster Kebayau di Sabah.
Satu sahaja kluster Pendidikan Tinggi yang dikesan di Kedah iaitu Kluster Dah Sintok.-MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
selagi kilang2 yang terlibat tidak ditutup maka kes tetap naik,
Masalahnya bila MITI membenarkan industri beroperasi tanpa pemantau yang ketat terutama yang beroperasi 24jam.
Ketamakan pengurusan syarikat atau industri adalah punca penularan .Pelanggaran SOP kerap berlaku tetapi pekerja2 tidak berani melapurkan kerana ia serupa meletak leher di tali gantung.Jika melapurkan kemungkinan akan hilang pekerjaan..
Bagaimana majikan boleh tahu pekerja melapurkan?
Fikir sendiri…