Home Nasional Jumlah kes positif Covid-19 turun 20 peratus sejak minggu lalu –...

Jumlah kes positif Covid-19 turun 20 peratus sejak minggu lalu – Adham

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba

KUALA LUMPUR – Jumlah kes positif Covid-19 turun sebanyak 20 peratus sejak minggu lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Adham Baba berkata, pengurangan kes yang telah dikesan sejak minggu epid ke 21 hingga ke 23 iaitu dua minggu lepas.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin hari ini.

Menurut Dr. Adham, sebanyak 76,247 kes direkodkan pada 12 Jun lalu dengan kumulatif kes kematian sebanyak 3,844 kes.

Jelas beliau, jumlah kes aktif itu mewakili 11 peratus daripada jumlah kumulatif kes yang berlaku.

“Pada minggu ke 23, kes aktif yang telah dilaporkan secara purata adalah 81,461 kes. Ini juga menunjukkan pengurangan dalam purata kes aktif berbanding kes aktif minggu ke 22 sebanyak 0.6 peratus.

“Pengurangan kes aktif mula telah dilaporan sejak minggu lepas pada minggu ke 22,” kata Dr. Adham lagi.

Dalam pada itu, jumlah kes kematian akibat positif Covid-19 juga didapati menurun sebanyak 13.7 peratus pada minggu lalu kepada 553 kes kematian seminggu.

Bagaimanapun, jumlah kes pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) didapati meningkat 3.9 peratus berbanding minggu lalu.

“Pada 12 Jun lalu, 914 kes yang dilaporkan di ICU dan untuk minggu ke 23 905 purata kes ICU sahaja dilaporkan. Ini menunjukkan 3.9 peratus peningkatan kes di ICU berbanding minggu epid ke 22. Peningkatan ke di ICU telah dikesan sejak minggu peid ke 11 dahulu,” katanya lagi.

Dr Adham berkata, purata kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga turut meningkat 4.1 peratus atau 454 daripada kes yang dirawat di ICU setakat 12 Jun lalu.

Mengulas lanjut, Dr. Adham berkata, seramai 1,413 pesakit Covid-19 berada pada tahap empat dan lima meninggal dunia dalam tempoh April hingga 13 Jun.

Beliau berkata mereka adalah sebahagian daripada 59,895 pesakit tahap empat dan lima Covid-19 yang dikesan dalam tempoh berkenaan. – MalaysiaGazette