Home Nasional Surat kebenaran beroperai KeTSA masih diterima pakai

Surat kebenaran beroperai KeTSA masih diterima pakai

Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR – Surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) kepada beberapa jabatan masih boleh diterima pakai sehingga 28 Jun 2021, kata menterinya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Jabatan-jabatan terbabit ialah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA).

Ia susulan pengumuman oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dua minggu lagi bermula esok hingga 28 Jun ini. – MalaysiaGazette