Home Sukan Terbuka Perancis: Djokovic rangkul gelaran Grand Slam ke-19

Terbuka Perancis: Djokovic rangkul gelaran Grand Slam ke-19

Djokovic merangkul gelaran Tenis Terbuka Perancis 2021 di paris selepas menang aksi final semalam.Foto Kredit: AP

PARIS – Novak Djokovic merangkul gelaran Grand Slam ke-19 apabila memenangi Terbuka Perancis semalam dengan mengalahkan Stefanos Tsitsipas.

Pada perlawanan akhir di gelanggang tanah merah, juara bertahan edisi 2016 menewaskan pencabarnya dari Greece dengan 6-7, 2-6, 6-3, 6-2 6-4.

Pemain nombor satu dunia yang berusia 34 tahun itu diuji ketangkasan pemain rangking nombor lima dunia apabila kalah dalam dua set pertama.

DJokovic akan menyamai rekod Grand Slam yang dipegang oleh Nadal dan Federer jika merangkul kejuaraan Wimbledon akhir Jun ini.Gambar Ihsan: BBC Sport

Kemenangan itu sekaligus merapatkan kedudukan Djokovic setaraf Rafael Nadal dan Roger Federer dalam mengejar Grand Slam

Sekiranya Djokovic berjaya mempertahankan kejuaraan Wimbledon yang akan bermula akhir bulan ini, Jun ini, beliau akan menyamai pencapaian Nadal dan Federer dengan 20 gelaran Grand Slam. – MalaysiaGazette