Home Dunia Pelanggan tak puas hati mengenai pelitup muka tembak juruwang

Pelanggan tak puas hati mengenai pelitup muka tembak juruwang

Tempat kejadian yang menyaksikan seorang juruwang ditembak hingga mati akibat berselisihan faham mengenai pelitup muka. foto Agensi

GEORGIA – Seorang juruwang ditembak hingga mati oleh seorang pelanggan dalam pertikaian berhubung pemakaian pelitup mula di sebuah pasar raya di sini.

Suspek turut cedera selepas berbalas tembakan dengan pengawal keselamatan pasar raya tersebut, menurut polis.

Pengawal keselamatan itu turut cedera dalam kejadian yang berlaku sejurus selepas pukul 1 tengah hari di Pasaraya Big Bear di DeKalb County.

“Ia disebabkan pelitup muka. Saya tidak tahu apakah mereka memakainya atau tidak. Memakai pelitup muka atau tidak, orang awam mempunyai pendapat mereka sendiri mengenainya dan ia sangat sensitif pada masa ini,” kata Sheriff DeKalb County, Melody Maddox pada sidang akhbar.

Beberapa orang berada di dalam kedai ketika pertengkaran berlaku.

Lelaki bersenjata itu tiba-tiba mengeluarkan senjata lalu menembak juruwang.

Pengawal keselamatan kemudian melepaskan tembakan ke arahnya, memukulnya beberapa kali, kata Maddox.

Perniagaan di Georgia boleh meminta pelanggan memakai topeng untuk mencegah penyebaran virus Covid-19, tetapi tidak mewajibkan mereka melakukannya, menurut perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Gabenor Brian Kemp, dari Republikan.

Bagaimanapun nama suspek tidak didedahkan.

Katanya, ketiga-tiganya dikejarkan ke hospital, yang mana pengawal keselamatan itu dalam keadaan stabil walaupun dia ditembak dua kali. – MalaysiaGazette