KUALA LUMPUR – Jika tiada sidang Parlimen maknanya demokrasi pincang. Maka perbetulkanlah.
Itu respon Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengulas kenyataan yang dizahirkan oleh Yang Dipertuan Agong selepas perbincangan khas Raja-Raja Melayu hari ini.
“Menjunjung kasih KDYMM Tuanku Raja-Raja Melayu. Kami telah secara berterusan meminta agar Parlimen dibuka sejak Januari 2021,” ciapnya di Twitter malam ini.
Justeru, Ahmad berharap kerajaan akan segera bertindak berhubung perkara yang sama.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: