Home Foto Pilihan 21 Tahun Menagih Janji

21 Tahun Menagih Janji

Keluarga Roslan Mohamed, 59 (kiri) bergambar dihadapan rumah pondoknya yang telah didudukinya selama 11 tahun di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.

“Sudah hampir 21 tahun kami menunggu kediaman yang dijanjikan tapi sehingga kini masih tidak siap untuk kami sekeluarga merasa selesanya sebuah rumah”

Itu realiti kehidupan yang terpaksa ditempuh lima beranak yang menetap di rumah pondok hasil binaan sendiri dari kayu-kayu hutan di tapak asal rumah keluarga isteri Roslan Mohamed, 59 di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor.

Bukan itu sahaja, isteri Roslan iaitu Ana Lalat, 46, yang merupakan orang asli dari suku kaum Temuan berkata, namanya tersenarai untuk pemindahan rumah pangsapuri yang berdekatan dengan rumah pondoknya namun sehingga kini masih belum boleh diduduki dan janji hanya tinggal janji.

Rumah pondok mereka hanya bergantung dengan tenaga solar yang dipasang pada bumbung rumah hasil sumbangan dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sejak lima tahun lalu.

Menurut Roslan Mohamed, 59, keluarganya sudah menetap di pondok ini lebih 11 tahun dengan keadaan serba kekurangan tanpa bekalan elektrik dan air bersih.

“Untuk mendapatkan bekalan air, kami terpaksa berjalan hampir 100 meter melalui laluan yang curam untuk sampai ke perigi dan memikul tong air untuk bawa pulang ke rumah”.

“Bukan apa anak-anak semuanya semakin membesar, kasihan mereka kerana tiada bilik sendiri dan belajar pun tidak dilengkapi sebarang gajet kerana saya tidak mampu untuk menyediakannya jadi memang banyak yang ketinggalan,” katanya.

Tambah Roslan Mohamed, 59, hasil perkongsian hidup dengan Isterinya, Ana Lalat, 46, mereka dikurniakan tiga cahaya mata berusia antara 12 hingga lapan tahun.

Pasangan suami isteri tersebut merupakan pekerja kontrak pembersihan di Taman Botani, Shah Alam.

Bercerita lanjut mengenai nasib hidupnya, Roslan berharap impian mereka sekeluarga untuk memiliki rumah sendiri satu hari nanti mampu dicapai.

“Harapan supaya percepatkan lah janji yang pernah ditaburkan untuk memberi rumah kepada kami supaya senang untuk anak-anak belajar dalam keadaan lebih selesa,” katanya.

Keadaan rumah pondok yang merupakan tempat berteduh lima beranak di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Penduduk, Roslan Mohamed, 59 (kiri) bersama anak sulungnya Mohd. Adha, 12 mengambil air di perigi untuk kegunaan harian yang jarak hampir 100 meter dari rumahnya di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Air perigi yang digunakan oleh keluarga Roslan Mohamed, 59 untuk kegunaan harian yang jarak hampir 100 meter dari rumah mereka di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Penduduk, Roslan Mohamed, 59 bersama anak sulungnya Mohd. Adha, 12 membawa air yang diambil dari perigi menggunakan tong dan botol untuk kegunaan harian mereka di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Penduduk, Ana Lalat, 46 membasuh pingan mangkuk di luar rumahnya dengan menggunakan air dari perigi yang diambil setiap hari di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Penduduk, Roslan Mohamed, 59 melakukan kerja kerja membersihkan kebun kecilnya yang diusahakan untuk mendapatkan hasilnya demi kelangsungan hidup ketika di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Penduduk, Ana Lalat, 46 sibuk menyediakan makanan untuk keluarga tersayang di dapur kecilnya ketika di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Penduduk, Roslan Mohamed, 59 bermain bersama monyet belaannya semasa waktu terluang ketika di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Penduduk, Ana Lalat, 46 melakukan kerja-kerja di dalam rumahnya sambil ditemani monyet belaan keluarganya ketika di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Penduduk, Roslan Mohamed, 59 menunjukkan pelan rumah pangsapuri yang pernah dijanjikan oleh pemaju pada tahun 2002 ketika di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Antara tenaga solar yang dipasang pada bumbung rumah hasil sumbangan dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sejak lima tahun lalu ketika di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Penduduk, Mohd. Adha, 12 (kiri) dan Mohd. Joairee, 9, (kanan) meluangkan masa bersama dihadapan rumahnya ketika di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Penduduk, Ana Lalat, 46 dan anak bongsunya Norhidayah Aliana, 8 meluangkan masa bersama di atas tangga rumahnya ketika di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Penduduk, Roslan Mohamed, 59 berjalan keluar melalui laluan rumahnya yang berhampiran dengan jalan besar ketika di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Penduduk, Roslan Mohamed, 59 berjalan menuju ke laluan rumahnya yang berhampiran dengan jalan besar dan rumah-rumah taman ketika di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Penduduk, Mohd. Adha, 12 (kanan) dan Mohd. Joairee, 9, menggunakan air perigi untuk mandi yang jaraknya hampir 100 meter dari rumahnya ketika di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Penduduk, Roslan Mohamed, 59 (kiri) meluangkan masa bersama anak lelakinya Mohd. Adha, 12 (tengah) dan Mohd. Joairee, 9, (kanan) dihadapan rumahnya ketika di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Penduduk, Roslan Mohamed, 59 memasang lampu dihadapan rumahnya yang telah di caj menggunakan powerbank pada waktu malam ketika di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Keadaan rumah keluarga Roslan Mohamed pada waktu malam yang hanya diterangi dengan lampu yang di caj dan lampu tenaga solar ketika di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Penduduk, Roslan Mohamed, 59 membawa juadah makan malam di ruang tamunya sambil diperhatikan dua orang anaknya Mohd. Adha, 12 (tengah) dan Norhidayah Aliana, 8 (kanan) ketika di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Penduduk, Ana Lalat, 46 menemani anaknya Mohd. Adha, 12 (kiri) dan Mohd. Joairee, 9 yang tekun mengulang kaji pelajaran dengan keadaan rumah yang sempit dan lampu yang malap ketika di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Penduduk, Roslan Mohamed, 59 mencari akses internet diluar rumah berikutan kawasannya tidak mendapat rangkaian internet yang kuat ketika di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Penduduk, Mohd. Adha, 12 (kanan) dan Mohd. Joairee, 9, melihat keluar rumahnya pada waktu malam selepas makan malam bersama keluarganya ketika di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.
Penduduk, Roslan Mohamed, 59 membawa air yang diambil dari perigi menggunakan tong dan botol untuk kegunaan harian mereka di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.