Home Nasional Bekas pekerja restoran dakwa didera majikan

Bekas pekerja restoran dakwa didera majikan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pekerja restoran warga India mendakwa beliau didera secara fizikal dan mental oleh majikan di Petaling Jaya.

Majikan restoran yang menyajikan makanan daun pisang ala India Selatan itu dikatakan melakukan penderaan fizikal seperti memukul sehingga mendatangkan kecederaan, membakar serta meliwat pekerjanya.

MalaysiaGazette difahamkan penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah mengadakan serbuan ke restoran itu dan maklumat berkaitan serbuan itu akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat.

Bekas pekerja terbabit yang kembali ke negara asal membuat pendedahan itu dalam sebuah rancangan ‘Neekondai Parvai’ di hoskan oleh Lakshami Ramakrishnan.

Beliau memberitahu, dia menggunakan visa pelancong memasuki negara ini pada 2018 diminta bekerja sementara di restoran tersebut sehingga mendapat permit kerja dalam tempoh enam bulan tidak dibayar gaji.

Malah beliau dan pekerja lain dipaksa bekerja seawal lima pagi sehingga tengah malam, ujarnya.

“Selalu sahaja dipukul, gaji tidak dibayar malah dikurung. Lagi teruk pasport saya juga dibakar dan diugut serta diperlakukan seperti hamba. Bukan saya sahaja tapi pekerja lain juga.

“Apa yang lebih teruk apabila ada budak-budak muda yang datang bekerja dan mempunyai masalah permit pula diliwat, ada rakan kerja yang bekerja di restoran menangis mengadu kepada saya apa yang berlaku padanya. Kejadian ini pada Mac tahun ini,” katanya.

Beliau mendakwa, apabila dia menanyakan perkara itu, majikannya membeli petrol dan membakar pekerja tersebut di bahagian pinggang. Kami yang menyelamatkan pekerja muda itu.

Malah, majikannya memberi amaran kepada para pekerja supaya mengatakan kepada doktor bahaya kecederaan yang dialami rakannya itu disebabkan letupan silinder berikutan kecuaian pekerja itu sendiri.

Katanya, beliau terpaksa menurut kehendak majikan kerana tiada permit kerja sebelum melarikan diri untuk mendapatkan bantuan di Kedutaaan India bagi membolehkannya mendapatkan paspot yang telah dibakar.

Dalam pada itu, pengacara tersebut turut menghubungi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan bagi mendapatkan ulasan mengenai perkara tersebut. – MalaysiaGazette