Home Nasional Ikan bertimbun tapi waktu jualan terlalu singkat, keluh peniaga

Ikan bertimbun tapi waktu jualan terlalu singkat, keluh peniaga

Para peniaga ikan di Pasar Sejahtera Beserah

KUANTAN – Lambakan ikan dan hasil laut di Pasar Sejahtera Beserah, Kuantan berikutan waktu jualan yang terlalu singkat membuatkan para peniaga semakin resah.

Menurut Zawai Mat, 51, meskipun peniaga akur dengan waktu berniaga bermula 6 pagi hingga 2 petang namun itempoh masa tersebut sangat terbatas menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian yang tinggi.

Zawawi Mat, 51 tahun sudah berpengalaman 23 tahun berniaga ikan di Pasar Sejahtera Beserah

Katanya, jualan para peniaga juga susut sebanya 40 peratus berbanding sebelum  pandemik Covid-19.

Bagi menangani beban yang ditanggung, ada dalam kalangan peniaga berusaha memproses lambakan ikan menjadi ikan masin selain memberi ikan secara percuma kepada orang ramai.

“Beza memang banyak, apabila berniaga masa terhad di mana pembeli bekejar-kejar dan tidak beberapa meriah macam dulu.

“Sebelum ini dibenarkan berniaga dari pagi sampai petang, Maghrib pun orang mari lagi, sekarang orang balik pejabat lewat sebab masa terhad jadi diorang nak beli ikan susah sikit.

“Dulu memang ramai datang termasuk orang luar  tapi sekarang sangat terhad, kalau ramai hanya waktu hujung mingggu hari biasa kurang sikit orang turun pasar.

“Tiap-tiap hari ikan baharu sampai, nelayan balik petang bawa balik ikan, sedangkan petang kita dah tak boleh berniaga.

“Kalau ikan lebih kita buat ikan masin, kalau tak sedekah kat orang,” katanya kepada MalaysiaGazette

Waktu operasi sepanjang PKP bermua 6.00 pagi hingga 2.00 petang

Berpengalaman selama 23 tahun berniaga di pasar, ujarnya, menjual ikan semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan sememangnya mencabar apabila bekalan ikan berlebihan namun permintaan berkurangan.

ARTIKEL BERKAITAN :

India tutup kes dua anggota marin Itali didakwa bunuh nelayan

Pengusaha bimbang lambakan durian akibat total lockdown

Ikan dan hasil laut segar dibekalkan secara terus oleh nelayan tempatan di Beserah

“Harga pasaran ikut semasa macam biasa namun ada masa boleh berunding dan boleh kurang harga.

“Jadi ikan menambun-nambun, masa jualan itu terhad pelanggan berkurangan. Kalau hasil tak habis kita tanggung, jadi sekarang banyak yang kita tanggung selain daripada modal.

“Beban kita dan beban nelayan, apabila nelayan turun ke laut dia nak duit hasil tangkapan dia modal keluar dulu. Sedangkan kita pula esok pula baru boleh jual sebab watu jualan yang ditetapkan sehingga pukul 2 petang sahaja.

“Justeru kalau dapat berniaga sampai petang hingga mereka sempat pulang dari kerja pun lebih baik, jadi boleh naikkan jualan” katanya. – MalaysiaGazette