WASHINGTON – Sembilan kanak-kanak dan seorang dewasa terbunuh dalam kemalangan di Interstate 65 di Butler County di Alabama Amerika Syarikat.
Lapan kanak-kanak yang terbunuh itu berusia antara 4 hingga 17 tahun.
Kejadian itu berlaku apabila van yang membawa kanak-kanak itu bertembung dengan sebuah SUV.
Sembilan orang berada dalam van berkenaan termasuk lima gadis, tiga lelaki dan pemandu yang terselamat.
Kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari tempat perkelahan ke premis Tallapoosa County Girls Ranch, sebuah organisasi bukan keuntungan yang menyediakan rumah bagi gadis-gadis sekolah yang diabaikan atau dianiaya
Seorang bapa berusia 29 tahun dan anak perempuannya yang berusia 9 bulan yang berada dalam kenderaan lain juga terbunuh, kata Garlock.
Kemalangan itu berlaku ketika ribut yang melanda Alabama, menurut polis.
Ribut tropika Claudette menurunkan hujan lebat di seluruh tenggara Amerika Syarikat setelah mendarat di Louisiana. – MalaysiaGazette