LONDON – Pengarah Sukan Tottenham Hotspur, Fabio Paratici berkeras mahu Nuno Espirito Santo dilantik sebagai pengurus kelab itu.
Namun lembaga pengurusan kelab itu pula ‘menutup telinga’ dan mencari calon-calon lain.
Kelab North London itu menerima perubahan baharu dalam pemburuan pengurus baharu apabila rundingan bersama Paulo Fonseca dan Gennaro Gattuso gagal.
Paratici, 48, dilantik minggu lalu dan diberikan misi penting untuk mencari pengurus baharu kelab itu.
Julian Nagelsmann, Brendan Rodgers, Hansi Flick dan Antonio Conte juga menolak lamaran Spurs.
Nuno telah meninggalkan Wolves menerusi persetujuan bersama dan baru-baru ini menolak tawaran Crystal Palace.
Warga Portugal berusia 47 tahun itu juga calon utama untuk jawatan pengurus Everton yang dikosongkan oleh Carlo Ancelotti yang kini menyandang jawatan Pengurus Real Madrid.
Tetapi laporan di London mendakwa Paratici tidak mahu menyerah kalah dalam usaha tersebut dan merancang mengecewakan toffes dan merembat khidmat Nuno.
Ahli Lembaga Pengarah dalam Spurs pula mengidamkan calon lain.
Namun beberapa orang masih berpendapat mereka boleh memujuk dan membawa pulang Pengurus PSG, Mauricio Pochettino semula.-MalaysiaGazette