Home Nasional Apa rasional beli 500 ambulans, adakah Kabinet luluskan? – Dr. Zulkefly

Apa rasional beli 500 ambulans, adakah Kabinet luluskan? – Dr. Zulkefly

Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mempersoalkan kewajaran pembelian 500 buah ambulans yang mempunyai sistem tekanan negatif bagi membawa pesakit Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pakatan Harapan itu turut mempersoalkan sama ada keputusan pembelian itu telah dipersetujui di peringkat Kabinet.

Katanya, Adham juga perlu menjelaskan mengapa tender pembelian dibuat secara tergesa-gesa.

“Syarikat mana pula yang telah berjaya memperolehnya?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba bahawa pemilikan aset itu penting khususnya di lokasi bilangan pesakit Covid-19 yang tinggi.

Unit ambulans berkenaan dilengkapi sistem tekanan negatif, penapisan HEPA dan lampu UV khusus untuk kes penyakit berjangkit terutama jenis penyakit bawaan.

Dzulkefly yang merupakan bekas Menteri Kesihatan menyifatkan pembelian 500 ambulans itu berjumlah RM300 juta itu sebagai satu pembaziran.

Malah kata beliau, ia tidak membantu menyelesaikan pandemik Covid-19 pada waktu ini.

“Apakah rasionalnya? Apakah pula data yang ditunjukkan dalam penyelenggaraan pesakit-Covid 19 ini sehingga menyebabkan Dr. Adham memutuskan untuk membeli ambulans jenis ini dan sebanyak itu?

“Berapakah jumlah anggota frontliners yang mengendalikan pengangkutan pesakit Covid atau jenazah pesakit Covid yang telah terjangkiti ataupun menyumbang kepada kluster baru di negara ini?” tambahnya.

Menurut Dzulkefly, sejumlah wang jutaan ringgit sepatutnya digunakan untuk mengambil lebih ramai sukarelawan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Katanya, wang itu juga boleh dimanfaatkan dengan menambah lebih banyak program ujian saringan berskala besar.

“Cara ini sudah tentu dapat membendung rebakan jangkitan dengan lebih efektif,” ujarnya.

Selain itu, tambahnya, bajet sebesar itu juga sepatutnya digunakan untuk mempercepatkan pemberian vaksin dengan  memperbanyakkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) supaya mudah diakses, memperluaskan lagi klinik dan menambah PPV pandu lalu (drive-thru). – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. RASIONALNYA…IALAH SELANGOR DI BAWAH P UNAH H ara pan merupakan pemegang REKOD TERTINGGI KES COVID 19 setiap HARI dan BERBULAN2….maka satu USAHA cepatkan pesakit menerima rawatan.

    TANYA BALIK DR zul ahmad ini dimana RASIONALNYA JIKA SELANGOR NEGERI TERMAJU DAN TERKAYA MASIH KEKAL KES TERTINGGI COVID 19….KUMAN DISEBERANG NAMPAK…GAJAH DEPAN MATA ….JADI BUTA

    KEKAYAAN SELANGOR

    WANG jutaan ringgit sepatutnya digunakan untuk mengambil lebih ramai sukarelawan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
    wang itu juga boleh dimanfaatkan dengan menambah lebih banyak program ujian saringan berskala besar.
    “Cara ini sudah tentu dapat membendung rebakan jangkitan dengan lebih efektif,”

    WANG sebesar itu juga sepatutnya digunakan untuk mempercepatkan pemberian vaksin dengan memperbanyakkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) supaya mudah diakses, memperluaskan lagi klinik dan menambah PPV pandu lalu (drive-thru). kena rujuk MB SELANGOR

  2. Beli korg sibuk..masa dulu habis harta kerajaan yg DSNR tinggalkan di jual murah ke org asing x pulak korg bising..siap jual lg kapal yg dijadikan bahan bukti utk kenakan DSNR, x pulak korg meroyan ya.. ALE UTO KO LAH

Comments are closed.