Home Politik Lembaga disiplin kena jawab di akhirat kenapa tiada tindakan terhadap Zahid

Lembaga disiplin kena jawab di akhirat kenapa tiada tindakan terhadap Zahid

Sebutan semula kes cabul melibatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang ditetapkan hari ini ditunda ke 25 Feb depan berikutan masalah kesihatan dan beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.
Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Lembaga Disiplin UMNO kena jawab di akhirat kenapa tidak ambil tindakan terhadap presiden parti.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata demikian ekoran masih timbul lagi dakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba bersengkongkol dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, ada tiga kejadian melibatkan presiden dikatakan melibatkan Anwar termasuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong, kedua isu audio bersama Anwar.

Ketiga dan terbaharu dakwaan seorang ahli Parlimen pada 7 Jun lalu yang mendakwa menandatangani surat sokongan terhadap Anwar di depan presiden dan seorang kenamaan.

Dalam pada itu, Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau mempertikaikan kenapa Biro Politik UMNO memutuskan kerajaan perlu mengadakan sidang Parlimen dalam masa 14 hari dan bukan MT.

Menurutnya, PNBBC menyokong pengzahiran Agong mahu sidang Parlimen diadakan segera namun berpendapat ia perlu dibuat mengikut peraturan iaitu diberi tempoh selama 28 hari.

Pada kadar itu, ia membolehkan ahli Parlimen bersiap sedia dengan soalan dan cadangan bagi membantu kerajaan dalam menangani Covid-19.

Shahidan dalam sidang media hari ini menyelar keputusan UMNO yang didakwanya seolah-olah melakukan ugutan apabila memberikan tempoh 14 hari untuk kerajaan membuka semula sidang Parlimen.

“Kami sebagai Ahli Parlimen, kamilah sepatutnya minta disegerakan. Kita menyokong malah sebelum ini pun kita minta bersidang. Untuk Biro Politik UMNO minta diadakan dalam tempoh 14 hari adalah tidak tepat.

“Kerajaan sekarang dianggotai oleh UMNO… 20 orang timbalan menteri dan juga menteri berada di dalam kerajaan sekarang. Saya rasa kita patut bercakap bukan macam Anwar bercakap ataupun DAP bercakap,” katanya dipetik dari video Astro Awani.

Shahidan juga menyatakan kenyataannya bukan kerana geram kerana digugurkan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis tetapi lebih kepada menguatkan UMNO pada masa depan.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Wahhh!! sejak2 dapat jawatan besar ni…bukan main lg hang menjilat Mudin yerrr….haaa jilat jgn tak jilat!

  2. hebat KANUN NEGARA…MP2 DAN VIP2 yang masih dalam perbicaraan Mahkamah…dalam kes2 RASUAH SALAHGUNA KUASA /WANG HARAM pecah Amanah MASIH BEBAS utk bersidang berkempen berdialog melobi dan BUAT SIDANG MEDIA BAGAI sesama mereka…TAPI rakyat BIASA yang baru dTUDUH /DAKWA terus DIGARI…malah dilokap tahanan reman dulu sebelum dipenjara jatuh hukum.

Comments are closed.